Twyla Tharp dilahirkan di Indiana dan dinamakan sempena Pig Princess tempatan di Pameran Tahunan Muncie yang bernama Twila.

Ia bukanlah permulaan yang paling cantik, tetapi Tharp mengubahnya menjadi sesuatu yang indah.

Beliau dianggap sebagai salah seorang penari dan koreografer terhebat zaman moden. Dia telah menjelajah ke seluruh dunia mempersembahkan karyanya. Beliau dikreditkan dengan koreografi balet crossover pertama dan dia telah mencipta koreografi untuk Paris Opera Ballet, The Royal Ballet, New York City Ballet, Boston Ballet, dan banyak lagi. Hasil kerjanya telah muncul di Broadway, di televisyen dan di dalam filem. Pada tahun 1992, beliau dianugerahkan MacArthur Fellowship, nama lainnya “Genius Grant”, untuk karya-karya kreatifnya.

Ringkasnya: Twyla Tharp adalah prolifik. Persoalannya, bagaimana dia melakukannya?

Kuasa Ritual

Dalam buku terlarisnya, The Creative Habit, Tharp membincangkan salah satu rahsia kejayaannya:

Saya memulakan hari saya dengan ritual; saya bangun pada 5:30 pagi, saya mengenakan pakaian senaman, pemanas kaki, baju panas, dan juga topi. Saya berjalan di luar rumah saya di Manhattan, panggil teksi, dan maklum pada pemandu untuk bawa saya ke gimnasium Pumping Iron di jalan 91 dan First Avenue, tempat saya bersenam selama dua jam. Regangan dan latihan bebanan yang saya lakukan setiap pagi di gim bukanlah ritual; ritualnya ialah teksi. Sewaktu saya memberitahu pemandu ke mana saya mahu pergi, ritualnya selesai.

Ini tindakan yang mudah, tetapi lakukannya dengan cara yang sama setiap pagi dan membiasakannya, amat mudah dilakukan. Kebiasaan ini menyebabkan beliau kurang peluang untuk tidak melakukannya atau melakukannya dengan cara berbeza mengikut rutin harian.

Mari kita bincangkan tentang perkara yang menjadikan upacara pagi Tharp begitu penting dan bagaimana kita boleh menggunakannya untuk menguasai tabiat kita sendiri.

Perkara Yang Mengejutkan Mengenai Motivasi

Jika anda menghadapi masalah untuk mengekalkan tabiat yang baik atau mendapat tabiat yang buruk, maka mudah untuk menganggap bahawa anda hanya perlu belajar bagaimana untuk mendapatkan motivasi atau anda tidak faham bagaimana keinginan berfungsi.

Tetapi inilah perkara yang mengejutkan tentang motivasi. Ianya akan datang selepas kita mula melakukan sesuatu, bukan sebelum kita melakukannya. Memulakan adalah satu bentuk inspirasi aktif yang menghasilkan momentum secara semulajadi.

Anda mungkin pernah mengalami fenomena ini sebelum ini. Sebagai contoh, berjoging mungkin kelihatan meletihkan apabila difikirkan sebelum anda mulakannya, tetapi jika anda boleh mula berjoging, anda akan sering mendapati yang anda menjadi lebih bermotivasi untuk menyelesaikan setiap kali anda berjoging. Dalam erti kata lain, lebih mudah untuk menamatkan larian daripada memulakannya.

Ini pada dasarnya adalah Hukum Pertama Newton yang digunakan untuk pembentukan tabiat iaitu objek dalam gerakan cenderung untuk terus bergerak. Hal ini bermakna memulakan sesuatu adalah bahagian yang paling sukar.

Saya sering mendapati perkara ini apabila menulis artikel saya. Sebaik sahaja saya mula menulis, lebih mudah untuk saya selesaikan. Walau bagaimanapun, jika saya merenung halaman kosong, ia akan kelihatan membebankan untuk mengambil langkah pertama dan mula menulis.

Idea Amalan

Berikut ialah beberapa contoh lain tentang cara mengaplikasikan ritual dan rutin pada tabiat dan tingkah laku anda:

  • Bersenam dengan lebih konsisten. Gunakan rutin memanaskan badan yang sama di gim.
  • Menjadi lebih kreatif. Ikuti ritual kreatif sebelum anda mula menulis atau melukis atau menyanyi.
  • Mulakan setiap hari tanpa tekanan. Bermeditasi pada waktu pagi selama lima minit.
  • Tidur lebih nyenyak. Ikuti rutin “matikan kuasa” sebelum tidur.

Apa-apa pun, buat sendiri. Gunakan ritual anda sebagai tanjakan untuk tingkah laku yang lebih besar dan tabiat yang anda ingin bina dalam hidup. Apabila anda menguasai keupayaan untuk memulakan tugas yang penting tanpa berfikir panjang, tidak semestinya anda perlu bergantung pada motivasi dan keinginan lagi.

Di manakah anda boleh menggunakan ritual atau rutin untuk membantu anda mencipta dengan lebih konsisten?

 

AUDIO