Pada tahun 2002, Markus Zusak mula menulis sebuah buku.

Beliau memulakan penulisan dengan menulis draf permulaan dan penghujung cerita. Kemudian, beliau menyenaraikan tajuk setiap bab dan muka suratnya. Ada yang berjaya ditulis sehingga tamat, ada juga yang tidak berjaya.

Apabila Zusak mula menulis cerita itu, beliau cuba menceritakannya dari perspektif yang berlainan iaitu watak utama dan juga orang luar namun, ia tidak menjadi seperti yang dia mahukan.

Beliau menyemak semula, mengubah dan menyunting penulisan tersebut. Menurut anggarannya, Zusak menulis bahagian pertama novel beliau sebanyak 150 hingga 200 kali. Akhirnya, beliau kembali kepada pilihan asalnya. Zusak mengambil masa tiga tahun untuk menulis novel beliau yang bertajuk The Book Thief.

Dalam sebuah temu bual selepas novelnya diterbitkan, Zusak berkata, “Selama tiga tahun, saya gagal lebih daripada seribu kali, tetapi setiap kegagalan membawa saya lebih dekat kepada apa yang saya perlu tulis, dan untuk itu, saya bersyukur.”

Populariti novel tersebut meledak dan ia kekal dalam senarai buku terlaris New York Times selama lebih 230 minggu. Sebanyak 8 juta salinan telahpun terjual. Novel tersebut juga telah diterjemahkan kepada 40 bahasa. Beberapa tahun kemudian, Hollywood mengadaptasi The Book Thief kepada sebuah filem.

Rahsia Mudah Untuk Berjaya

Kita sering berfikir bahawa kejayaan adalah nasib semata-mata. Tidak dinafikan, ada unsur nasib yang terlibat dalam setiap kisah kejayaan. Namun, Markus Zusak adalah bukti bahawa jika anda menyemak kerja anda 200 kali, jika anda dapati 200 cara untuk memperbaiki diri, untuk menjadi lebih baik dalam kemahiran anda maka kejayaan akan mencari anda.

Bagaimanakah genius yang kreatif mendapatkan idea yang hebat? Mereka bekerja, mengedit, menulis semula, mencuba semula dan mengeluarkan idea bernas mereka dengan gigih dan tabah. Mereka mendapat peluang untuk menjadi bertuah kerana mrereka berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Dalam Ucapan Permulaan Dartmouthnya, Shonda Rimes berkongsi strategi dengan pendekatan Zusak… 

Impian tidak menjadi kenyataan hanya kerana anda bermimpi tentangnya. Kerja keraslah yang menjadikan impian itu nyata. Kerja keraslah yang mencetus kepada perubahan…

Buang impian dan jadilah pelaku, bukan pemimpi.

Mungkin anda pasti tentang apa yang anda inginkan, atau mungkin anda keliru kerana anda tidak tahu minat anda. Hakikatnya, ia tidak penting. Anda tidak perlu tahu. Anda hanya perlu terus maju ke hadapan. Anda hanya perlu terus melakukan sesuatu, merebut peluang seterusnya, berfikiran terbuka untuk mencuba sesuatu yang baru. Ia tidak perlu sentiasa bersesuaian dengan pemikiran anda tentang pekerjaan yang sempurna atau kehidupan yang sempurna.

 

AUDIO