Pada tahun 1974, Art Fry menghabiskan hujung minggunya menyanyi koir untuk gereja tempatan. Pada suatu Ahad, Fry berhadapan dengan sesuatu masalah yang agak membosankan. Dia tidak dapat menyimpan penanda bukunya di tempatnya.

Untuk mencari lagu dengan cepat, Fry akan melekatkan kepingan kertas kecil di antara halaman seperti penanda buku. Satu masalah ialah setiap kali dia berdiri, kepingan-kepingan kertas itu akan meluncur jauh ke dalam halaman buku atau terjatuh daripada buku. Kesal dengan masalah tersebut, Fry mula berkhayal tentang penyelesaian yang lebih baik.

“Ia adalah semasa khutbah,” kata Fry, “saya mula berfikir, ‘Apa yang saya perlukan adalah penanda buku kecil yang akan melekat pada kertas tetapi tidak akan koyakkan kertas apabila saya mencabutnya.’”

Dengan idea ini, Fry kembali bekerja pada minggu berikutnya dan mula membangunkan penyelesaian kepada masalah penanda bukunya. Fry bernasib baik kerana kebetulan bekerja di syarikat yang sempurna. Dia seorang pekerja di 3M dan salah seorang rakan sekerjanya, Spencer Silver, adalah pakar pelekat.

Dalam beberapa bulan akan datang, Fry dan Silver telah membangunkan sekeping kertas yang akan melekat pada halaman, tetapi boleh dengan mudah dicabut dan ditampal semula berulang kali. Akhirnya, projek kecil ini menjadi salah satu peralatan di pejabat yang terlaris sepanjang masa iaitu dikenali sebagai Post-It Note.

Hari ini, 3M menjual Post-It Notes di lebih 100 negara di seluruh dunia. Anda boleh mencari Post-It Note di perpustakaan, sekolah, di pejabat, bilik Lembaga dan berselerak di hampir setiap sudut ruang kerja.

Apakah yang boleh kita pelajari daripada kisah Art Fry? Apakah perkara yang dapat kita ambil daripada peristiwa ini untuk menjadikan hidup kita dan dunia lebih baik?

Cipta Sesuatu yang Kecil

Art Fry tidak cuba mencipta produk pejabat terlaris. Pada mulanya, Fry hanya cuba mereka bentuk penanda buku yang lebih baik untuk koir lagu keagamaannya. Dia hanya cuba mencipta sesuatu yang kecil.

Untuk jangka masa yang lama, saya berfikir bahawa jika saya tidak mengerjakan sesuatu yang luar biasa, maka ia tidak berapa bernilai. Tetapi secara beransur-ansur saya menemui kebenarannya iaitu yang penting bukanlah untuk mencipta sesuatu yang mengubah dunia, tetapi semata-mata untuk mencipta.

Anda tidak perlu membina sesuatu yang terkenal untuk membina sesuatu yang bermakna.

Dan ini membawa kita kepada pengajaran paling penting yang boleh kita pelajari daripada Art Fry dan Post-It-Note ciptaan beliau, iaitu apabila sesuatu yang menarik, mengecewakan ataupun masalah terjadi, pilih untuk melakukan sesuatu mengenainya. Pilih untuk menjadi pencipta.

Dalam erti kata lain, dunia memerlukan orang yang bijak untuk mencipta sesuatu. Kita perlu pekerja yang menginovasi, usahawan yang mencipta, dan freelancers’ yang mereka bentuk. Kita perlukan setiausaha yang menjadikan barang kemas sebagai projek sampingan dan bapa yang berkerja dari rumah untuk berjaya menulis novel yang menakjubkan. Kita perlukan lebih ramai pemimpin, bukan lebih ramai pengikut. Kita memerlukan lebih ramai pencipta, bukan lebih ramai pengguna.

Dan mungkin perkara yang paling penting untuk disedari ialah kita bukan sahaja perlu mencipta untuk satu sama lain, tetapi untuk diri kita juga. Mencipta sesuatu adalah cara terbaik untuk mengelak daripada mensia-siakan momen berharga yang telah diberikan kepada kita. Untuk menyumbang, mencipta, menceburi dunia sekeliling anda – itulah kehidupan yang dijalani dengan baik.

Apa yang akan anda cipta hari ini?

 

AUDIO